Sunday 24 August 2014

Ciri-ciri Aqidah Islam

Aqidah Islam mengandugi ciri-ciri atau rukun-rukun asas. Ciri-ciri tersebut dapat disimpulkan kepada tiga :

1. Marifatullah ( mengenali Allah )
       Mengenali dan mengetahui serta beriman kepada Allah S.W.T, nama-nama-Nya yang mulia serta sifat-sifat-Nya yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan bukti-bukti yang ada di alam ini.

2. Marifatur Risaalah ( mengenali kerasulan )
       Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu dan menyampaikan syariatnya serta menjadi pembimbing dan memimpin seluruh makhluk menuju kepada jalan yang haq dan agama Allah yang sebenar, iaitu agama Islam.

3. Marifatul Batsi ( mengenali hari kebangkitan )
       Mengetahui dan mempercayai tentang hari kebangkitan iaitu di mana manusia dibangunkan dari kubur masing-masing, dikumpulkan dan dihisab segala amalan sama ada yang baik atau yang buruk untuk diberi balasan pahala atau siksaan dan disana juga adanya sirathol Mustaqim, syurga dan neraka.

Saturday 23 August 2014

Pengertian Aqidah ^^


       Perkataan akidah berasal daripada kata kerja bahasa Arab, iaitu : 'Aqada ( عقد ), yang bermaksud : Simpul atau ikatan. Biasanya ikatan atau simpulan berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Tetapi perkataan ini juga digunakan pada suatu yang manawi. Dari maksud lahiriah perkataan aqidah bermaksud ikatan atau simpulan manawi yang terkhusus di dalam kepercayaan. Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadap sesuatu perkara yang benar dan hak sehingga tidak dapat tercerai atau terurai.
      Fahaman praktikalnya aqidah merupakan perjanjian keimanan yang kuat di antara manusia dengan Penciptanya. Aqidah Islamiah sahajalah yang benar dan betul, manakala yang lainnya adalah palsu dan batil. Konsep akidah yang sebenarnya seperti yang dijelaskan inilah yang diistilahkan Islam sebagai Iman.

    

Friday 22 August 2014

Dalam Bolg nie saya akan kongsi bersama anda semua tentang serba sedikit apa yang saya tahu tentang USULUDDIN.. Semoga apa yang saya kongsi boleh menjadi manfaat kepada kita semua.. InshaAllah :)